Geran Flagship UMP
- Syarat asas geran penyelidikan Flagship adalah berdasarkan Garis Panduan Geran Penyelidikan UMP.
- Jumlah maksima permohonan peruntukan adalah sebanyak RM250,000.00 dengan sekurang-kurangnya 3 sub-projek.
- Permohonan geran ini mestilah bersifat Interdisciplinary (dengan 3 bidang dan sekurang-kurangnya 2 pusat tanggungjawab) meliputi Focus Area semasa UMP.
- Ketua projek dibenarkan mengetuai hanya 1 projek penyelidikan Flagship disamping 2 projek penyelidikan dalaman UMP yang lain. Hanya 3 geran Flagship akan ditawarkan mengikut tahun semasa.
- Jumlah h-index kumulatif Google Scholar untuk ketua-ketua projek dan penyelidik-penyelidik mestilah sekurang-kurangnya 30.
- Seorang ketua koordinator projek mestilah dilantik diantara ketua-ketua projek untuk menyelaras perjalanan setiap sub-projek.
- Setiap projek penyelidikan yang diluluskan ini diwajib menghasilkan sekurang-kurangnya 5 artikel yang diterbitkan dalam jurnal berwasit “ ISI” atau “SCOPUS-indexed journal’ dan 1 impak yang signifikan kepada masyarakat mahupun industri serta menghasilkan 1 pelajar PhD atau 2 pelajar Sarjana.
Download Form