Research Official Portal

RESEARCH & INNOVATION DEPARTMENT
Office of Deputy Vice-Chancellor (Research & Innovation)

UMP Accelerator

ECELERATOR 1
UMP Accelerator merupakan inisiatif untuk memudahcara dan menggalakkan keusahawanan berteraskan teknologi di UMP.
Terdapat dua bahagian dalam inisiatif UMP Accelerator seperti berikut:-

  1.  Program Keusahawanan Teknologi UMP Accelerator Program untuk merekrut dan melatih usahawan untuk menubuhkan syarikat bagi mengkomersilkan teknologi UMP.
  2. Ruang Pejabat dan fasiliti UMP Accelerator Penyediaan ruang pejabat dan fasiliti untuk disewakan kepada usahawan dengan keutamaan kepada usahawan yang dibangunkan dari program UMP Accelerator.

Objektif program keusahawanan UMP Accelerator dan penyediaan ruang inkubator untuk penempatan syarikat-syarikat ditubuhkan di bawah program UMP Accelerator ini bagi mengoptimumkan hasil (outcome) dari program yang dijalankan dan memastikan kemandirian syarikatsyarikat berkenaan dalam beroperasi dan mengkomersilkan teknologi-teknologi dari UMP.

Ruang Accelarator yang disediakan bagi syarikat-syarikat di bawah UMP Accelerator adalah di aras bawah Bangunan Kompleks Pentadbiran Utama, di Fakulti Pengurusan Industri (FIM), UMP Kampus Gambang.