Research Official Portal

RESEARCH & INNOVATION DEPARTMENT
Office of Deputy Vice-Chancellor (Research & Innovation)


Facebook Logo PNG Clipart  YouTube logo2

GERAN PENYELIDIKAN FLAGSHIP UMP BAGI INISIATIF LONJAKAN KE 3

  1. Syarat asas geran penyelidikan Flagship adalah berdasarkan Garis Panduan Geran Penyelidikan UMP.

  2. Jumlah maksima permohonan peruntukan adalah sebanyak RM125, 000.00 dengan sekurang-kurangnya 2 sub-project bagi satu projek bertempoh 2 tahun.

  3. Permohonan geran ini mestilah bersifat Interdisplinary dengan dua kluster penyelidikan. Permohonan juga mestilah dipohon secara bersama daripada penyelidik UMP dan universiti antarabangsa di dalam Top 100 QS Ranking World Universities atau Top 5 by Subject Ranking. Bidang kluster penyelidikan hendaklah berdasarkan bidang tujahan UMP semasa.

  4. Jumlah h-index Scopus untuk ketua projek adalah sekurang-kurangnya >15 dan kumulatif bagi semua ahli adalah > 40. Pensyarah muda juga digalakkan untuk menjadi ahli projek sebagai proses pendedahan kepada projek berimpak tinggi ini.

  5. Seorang ketua koordinator projek mestilah dilantik diantara ketua-ketua projek untuk menyelaras perjalanan setiap sub-projek.

  6. Setiap projek penyelidikan yang diluluskan ini diwajibkan menghasilkan sekurang-kurangnya 10 artikel yang diterbitkan dalam jurnal berwasit WOS-indexed journal dan 1 impak yang signifikan kepada masyarakat mahupun industri serta menghasilkan 2 pelajar PhD. Afiliasi semua penerbitan adalah dibawah nama UMP dan universiti kolaborasi.

  7. Bagi hasil penyelidikan lain adalah berdasarkan peraturan UMP sediada iaitu hak harta intelek bersama dan Geran Padanan (Matching Grants) dalam bentuk hadiah, bahan penyelidikan, penggunaan peralatan, kemudahan dengan nilai yang sama yang diperuntukkan oleh UMP bagi projek tersebut.

  8. Jawatankuasa Penilai & Pemantauan Projek Penyelidikan adalah terdiri daripada:
    Pengerusi : Timbalan Naib Canselor (P&I)
    Timb Pengerusi: Dekan Penyelidikan
    Panel penilai yang dipilih berdasarkan kluster kepakaran.

    Download Form