Research Official Portal

RESEARCH & INNOVATION DEPARTMENT
Office of Deputy Vice-Chancellor (Research & Innovation)


Facebook Logo PNG Clipart  YouTube logo2

Geran Flagship UMP

  1. Syarat asas geran penyelidikan Flagship adalah berdasarkan Garis Panduan Geran Penyelidikan UMP.

  2. Jumlah maksima permohonan peruntukan adalah sebanyak RM250,000.00 dengan sekurang-kurangnya 5 sub-projek.

  3. Permohonan geran ini mestilah bersifat Interdisciplinary (dengan 3 bidang dan sekurang-kurangnya 2 pusat tanggungjawab) meliputi Focus Area semasa UMP.

  4. Ketua projek dibenarkan mengetuai hanya 1 projek penyelidikan Flagship disamping 2 projek penyelidikan dalaman UMP yang lain. Hanya 3 geran Flagship akan ditawarkan mengikut tahun semasa.

  5. Jumlah h-index kumulatif Google Scholar untuk ketua-ketua projek dan penyelidik-penyelidik mestilah sekurang-kurangnya 30.

  6. Seorang ketua koordinator projek mestilah dilantik diantara ketua-ketua projek untuk menyelaras perjalanan setiap sub-projek.

  7. Setiap projek penyelidikan yang diluluskan ini diwajib menghasilkan sekurang-kurangnya 5 artikel yang diterbitkan dalam jurnal berwasit “ ISI” atau “SCOPUS-indexed journal’ dan 1 impak yang signifikan kepada masyarakat mahupun industri serta menghasilkan 1 pelajar PhD atau 2 pelajar Sarjana.

    Download Form