Research Official Portal

RESEARCH & INNOVATION DEPARTMENT
Office of Deputy Vice-Chancellor (Research & Innovation)


Facebook Logo PNG Clipart  YouTube logo2

PENARAFAN 4 BINTANG MYRA DAN BERMULANYA ASPIRASI KEGEMILANGAN PENYELIDIKAN & INOVASI UMP

My Research Assessment (MyRA) telah diperkenalkan oleh KPT sejak tahun 2006 bagi memberikan penarafan kepada aktiviti penyelidikan dan inovasi bagi universiti awam dan swasta di Malaysia.

Bagi penilaian tahun 2015 UMP mencatat keputusan yang cemerlang dengan penarafan 4 bintang berbanding 3 bintang pada tahun 2014 manakala 2 bintang pada tahun 2011 dan 2010. Penganugerahan penarafan 4 bintang oleh KPT ini membuktikan pembangunan dan perkembangan penyelidikan dan inovasi yang amat agresif di UMP.

Berikutan kejayaan MyRA ini, UMP telah menerima peruntukan dana dari pihak KPT dan Rakan Universiti Penyelidikan (RU) Universiti Teknologi Malaysia seperti berikut:

Peruntukan Dana
Jumlah
Dana MyRA
RM1,830,002.57
Dana KPT
RM1,600,000.00
Dana Rakan RU
RM1,969,419.27
*Dana yang disalurkan ini digunakan sepenuhnya bagi tujuan pembangunan penyelidikan dan pengkomersilan.

Merujuk Glosari My RA Pindaan 2016 penarafan bagi kualiti penerbitan adalah berdasarkan bilangan penerbitan dalam jurnal dan pascasidang persidangan berindeks SCOPUS/WOS/ERA. Berada di kedudukan ke 2 di Malaysia bagi penerbitan jurnal selepas Universiti Malaya ( Top 10%) dan berada di kedudukan yang ke 3 di Malaysia merujuk kepada Field Weighted Citation Impact

Dari segi penerbitan ilmiah pula, International Journal of Automotive and Mechanical Engineering (IJAME) terbitan UMP terus mengekalkan kedudukannya sebagai jurnal nombor satu di Asia dan 10 peratus teratas di dunia menurut pangkalan data saintifik terkemuka iaitu SCOPUS dan Elsevier Bibliographic Database (EBD). IJAME merupakan satu-satunya jurnal pelbagai disiplin yang berimpak tinggi bagi kategori Kejuruteraan Automotif dengan kedudukan 6% teratas di dunia dan Kejuruteraan Mekanikal dengan kedudukan 8% teratas di dunia.

Rajah 01
Sumber : www.scimagojr.com/journalrank

Selain itu, Journal of Mechanical Engineering and Sciences (JMES) dan International Journal Automotive Engineering (IJAME) terbitan UMP juga telah diberikan taraf CREAM oleh Kementerian Pendidikan Tinggi pada 1 November 2016 yang lalu berdasarkan prestasi cemerlangnya di peringkat antarabangsa. JMES, yang telah diindeks dalam SCOPUS pada tahun 2015 kini berkedudukan 10% teratas di dunia bagi kategori Kejuruteraan Tenaga dan Teknologi Bahan Api dan 12% teratas dalam kategori Kejuruteraan Industri dan Pembuatan. Terdapat 5 jurnal dari IPTA yang diberi Taraf Cream di Majlis Malaysia’s Rising Star Award (MRSA) dan 2 daripadanya adalah terbitan UMP.

Cert 1
Cert 2myra2 page 001