Research Official Portal

RESEARCH & INNOVATION DEPARTMENT
Office of Deputy Vice-Chancellor (Research & Innovation)


Facebook Logo PNG Clipart  YouTube logo2

Penyelidik UMP raih 2 pingat emas dan 1 pingat perak dalam Pameran IENA Jerman

1
2
3
4
Nuremberg (Jerman), 5 November- Universiti Malaysia Pahang (UMP) terus melakar kejayaan dengan meraih dua pingat emas dan satu pingat perak daripada 3 projek penyelidikan yang dipertandingkan dalam pameran antarabangsa International Exhibition Ideas - Inventions - New Products (IENA 2017) yang diadakan di Nuremberg, Jerman baru-baru ini.

Pingat emas diraih pensyarah kanan Fakulti Teknologi Kejuruteraan (FTEK), Dr. Norazura Ismail dengan projek penyelidikan bertajuk `Novel Dust Explosion Database (UMP-Dex) For Accident Prevention’. Projek penyelidikan ini berkaitan pengurusan pangkalan data yang dilengkapi dengan Letupan Habuk Kalkulator.

 Menurut Dr. Norazura, produk ini dibangunkan melalui pengajaran yang dipelajari dari proses insiden keselamatan yang berkaitan dengan letupan habuk. “Ianya membolehkan industri untuk meramalkan berlakunya letupan habuk untuk menentukan mekanisme kawalan risiko yang sesuai sebagai langkah pencegahan,” katanya.

Dalam pada itu, pingat emas juga diraih pensyarah kanan dari Fakulti Sistem Komputer & Kejuruteraan Perisian (FSKKP), Dr. Md Saiful Azad dari dengan tajuk penyelidikan `Vibration-And-Pattern (VAP) Code: A Smart And Secure Authentication Scheme’. Projek penyelidikan ini adalah berkaitan Getaran-Dan-Kod corak (VAP) yang merupakan kata kunci laluan grafik yang baharu untuk kekunci telefon pintar masa kini.

Manakala projek penyelidikan Dr. Md. Arafatur Rahman dari Fakulti Sistem Komputer & Kejuruteraan Perisian (FSKKP) yang bertajuk `IOT Enabled Relay Network For Designing An Energy Efficient Highway Lighting System’ pula berjaya meraih pingat perak. Projek penyelidikan ini berkaitan penjimatan penggunaan elektrik sistem lampu lebuh raya yang lebih cekap dan bersifat mesra alam.

 

Disediakan oleh Muhammad Nasiruddin Bin Mansor dari Jabatan Penyelidikan dan Inovasi