Research Official Portal

RESEARCH & INNOVATION DEPARTMENT
Office of Deputy Vice-Chancellor (Research & Innovation)


Facebook Logo PNG Clipart  YouTube logo2

FSTI perkenal teknologi solar dan fotovoltaik kepada pelajar SEMSAS

1
Kuantan, 20 Mei- Fakulti Sains dan Teknologi Industri Universiti Malaysia Pahang (UMP) mengadakan program khidmat sosial bertemakan 'Lighting Up the Community’ dengan memasang sistem lampu tumpu berkuasa suria di Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah (SEMSAS) baru-baru ini.

Program membabitkan seramai 12 orang mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan (kepujian) Teknologi Bahan sebagai menyahut seruan universiti dalam usaha memasyarakatkan teknologi dengan bagi memberi peluang pelajar yang merupakan ahli pasukan Orkestra Jasa Winds mengadakan latihan pancaragam di kawasan sekolah pada waktu malam.

Selain menambah pencahayaan, mereka juga dapat berkongsi ilmu dengan para pelajar tentang teknologi fotovoltaik serta mempromosikan teknologi hijau di peringkat sekolah. Menurut pensyarah Fakulti Sains & Teknologi Industri (FSTI) merangkap pengarah program, Dr. Saifful Kamaluddin Muzakir berkata, pihaknya mendapati pelajar SEMSAS kerap mengadakan aktiviti latihan pancaragam pada waktu malam di suatu sudut yang gelap dan memerlukan pencahayaan.

“Memandangkan UMP mempunyai kepakaran dalam bidang tersebut, fakulti mengambil inisiatif dengan meletakkan sistem pencahayaan berkuasa suria di kawasan tersebut tanpa membebankan pihak sekolah dengan menjimatkan bil elektrik,” katanya. Ujar Dr. Saifful, pelajar sekolah juga berpeluang mempelajari aspek teori teknologi foto-voltaic di makmal namun pada program ini mereka dapat mempraktikkan apa yang dipelajari sambil dipantau oleh pensyarah UMP. Sistem panel suria ini merupakan satu peranti yang mana berfungsi menyerap tenaga matahari dan menukarkannya kepada tenaga elektrik.

Pengetua SEMSAS, Hajah Safiah Awang berkata, pihaknya bertuah apabila SEMSAS dipilih dalam menjayakan program ini.Program ini banyak memberi impak yang positif kepada pelajar dan secara tidak langsung dapat menyumbang kepada kecemerlangan SEMSAS. Selain itu juga dengan program ini dapat meningkatkan motivasi pelajar agar lebih meminati mata pelajaran Sains dan Matematik. Manakala menurut salah seorang pelajar SEMSAS, Muhammad Amuril Thaqif, 16, berkata, beliau teruja melihat sendiri bagaimana teknologi ini diaplikasikan dan mendapat pengetahuan baharu mengenai sistem solar.

Selain itu, pemasangan sistem solar ini merupakan alternatif untuk menyokong kempen menyelamatkan alam sekitar. Bagi mendapatkan pembelajaran yang lebih efektif, pelajar telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil dan dibimbing oleh pelajar UMP dan pensyarah UMP. Namun apa yang lebih menariknya kini pusat aktiviti SEMSAS telah diterangi lampu yang dapat memberi kemudahan pelajar sekolah menjalankan aktiviti di kawasan berkenaan