Research Official Portal

RESEARCH & INNOVATION DEPARTMENT
Office of Deputy Vice-Chancellor (Research & Innovation)


Facebook Logo PNG Clipart  YouTube logo2

CERRM & Yamaguchi University tingkat penyelidikan Geoteknik

2
Yamaguchi (Jepun), 23 April - Pusat Penyelidikan & Pengurusan Sumber Alam (CERRM) dan Yamaguchi University Jepun terus mempergiat hubungan kerjasama pengantarabangsaan universiti hasil kunjungan delegasi UMP yang diketuai oleh Pengarah CERRM, Dr. Muzamir Hasan ke universiti tersebut baru-baru ini.

Kunjungan ini memberi peluang buat UMP meneroka peluang kerjasama baharu terutama dalam bidang penyelidikan melibatkan Yamaguchi University dan industri sekitar Jepun. Lebih membanggakan pihak CERRM menerima sumbangan dana penyelidikan berbentuk pengujian makmal di Yamaguchi University dengan nilai RM 38,322.25 khusus bagi menjalankan penyelidikan bertajuk Geotechnical Properties of Kuantan Bauxite yang diketuai oleh Dr. Muzamir sendiri.

5

Menurut Dr. Muzamir, sumbangan dana penyelidikan ini merupakan bukti komitmen tinggi daripada kedua-dua pihak terutamanya CERRM yang telah berjaya menarik minat dan perhatian institusi tersebut sekaligus membuka peluang kepada CERRM untuk meneroka lebih banyak peluang kerjasama terutama bersama industri di bawah seliaan Yamaguchi University.

“Pemberian sumbangan pada kali ini yang meningkat berbanding sumbangan yang diterima berbanding tahun lalu bernilai RM 26,985.10 sekaligus menyaksikan dana terkumpul yang telah diterima CERRM daripada Yamaguchi University setakat ini adalah sebanyak RM 65,307.35,” katanya.

Selain itu, dengan rangkaian kerjasama luas yang dimiliki oleh Yamaguchi University di peringkat global, beliau berharap setiap penyelidikan yang dijalankan di CERRM akan mendatangkan lebih impak dan menarik minat industri dengan menjadi pemangkin kepada hubungan kerjasama yang lebih erat juga memberi peluang kepada warga UMP.

3

Turut diadakan beberapa ujikaji makmal bagi projek penyelidikan Geotechnical Properties of Tanjung Bin Bottom Ash di Makmal Kejuruteraan Geoteknik, Jabatan Kejuruteraan Awam dan Alam Sekitar, Fakulti Kejuruteraan, Yamaguchi University. Selain turut berpeluang untuk mengadakan pertemuan bersama Dekan Fakulti Kejuruteraan, Prof. Dr. Masato Shinji, Pengarah Hubungan Antarabangsa, Prof. Dr. Takashi Saito dan Prof. Emeritus Dr. Masayuki Hyodo.

Pertemuan dengan Presiden Asahi Techo. Co., Shiyegoshi Takahashi di Tokyo turut membincangkan peluang kerjasama dalam bidang kejuruteraan geoteknik dari segi inovasi teknologi dan aplikasi teknik Super Well Point dalam projek-projek pembinaan di Jepun dan Malaysia.

Dalam pada itu, pertemuan dengan John Kojiro Moriwaka yang merupakan CEO Silicon Valley Ventures Co. Ltd yang juga seorang penulis buku dan penceramah terkenal di Jepun. Beliau juga merupakan salah seorang daripada Profesor Adjung yang telah dilantik oleh Yamaguchi University. Pada pertemuan ini pihak Yamaguchi University telah melantik Dr. Muzamir Hasan sebagai Pensyarah Pelawat di universiti itu bagi menyampaikan beberapa siri ceramah berkenaan isu bauksit dan kejuruteraan geoteknik di Malaysia