Research Official Portal

RESEARCH & INNOVATION DEPARTMENT
Office of Deputy Vice-Chancellor (Research & Innovation)

FacebookLogo

BENGKEL PENERBITAN AKADEMIK & IMPAK JURNAL SIRI 1


5
KUANTAN, 19 Disember 2016 – Jabatan Penyelidikan & Inovasi (JP&I) telah menjalankan satu bengkel Penerbitan Akademik & Impak Jurnal Siri 1 kepada kumpulan sasar iaitu para pensyarah muda dari semua fakulti dan pusat bertempat di Zenith Hotel, Kuantan. Seramai 120 orang pensyarah muda dari semua fakulti dan pusat telah bersama-sama menyertai bengkel yang di pimpin oleh Dekan Penyelidikan Kejuruteraan & Teknologi iaitu Prof. Dr. Jose Rajan & Prof. Dr. Md Mustafizur Rahman.
7
Melalui program ini, para peserta bengkel berpeluang untuk berkongsi ilmu dalam penghasilan penerbitan akademik yang berkualiti serta pemilihan jurnal yang berimpak tinggi. Pendedahan secara langsung ini sekaligus dapat memberikan panduan yang lebih baik kepada para ahli akademik serta tips untuk memilih persidangan yang berkualiti seta memberikan impak yang lebih baik kepada bahan penerbitan. Proses ini juga sekaligus membantu dalam mencapai KPI bagi lonjakan 3 iaitu keunggulan penyelidikan dan inovasi bagi peningkatan kumulatif sitasi serta penerbitan per staf.

Bengkel ini adalah suatu platform dan medium yang terbaik bagi ahli akademik muda untuk mempelajari serta memperkukuh pengetahuan mereka dalam bidang penulisan akademik.

79