Research Official Portal

RESEARCH & INNOVATION DEPARTMENT
Office of Deputy Vice-Chancellor (Research & Innovation)


Facebook Logo PNG Clipart  YouTube logo2

Geran Dalam UMP

1. Jumlah maksima permohonan peruntukan adalah sebanyak RM40,000.00 bagi setiap geran penyelidikan.

2. Perlantikan Pegawai Penyelidik untuk penyelidikan ini adalah tidak dibenarkan sama sekali. Namun yang demikian, bagi membantu penyelidik menjalankan kerja-kerja penyelidikan Skim Pelajar Bekerja (SPB) dan Skim Pembantu Penyelidik Siswazah (SPPS) adalah dibenarkan dengan peruntukan Upah (V11000) mestilah tidak melebihi RM16,000.00 untuk keseluruhan tempoh penyelidikan.

3. Peruntukan bagi Pengangkutan & Perjalanan (V21000) untuk penyelidikan mestilah tidak melebihi RM10,000.00 bagi keseluruhan tempoh penyelidikan. Bagi menghadiri persidangan hanya RM 2,500 sahaja dibenarkan manakala baki selebihnya adalah untuk kerja-kerja penyelidikan lain.

4. Bagi perkhidmatan Khas (V29000) maksimum hanya RM 2,500 dibenarkan untuk membayar yuran menghadiri persidangan dalam negara sahaja manakala baki selebihnya adalah untuk kerja-kerja penyelidikan lain. Persidangan luar negara tidak dibenarkan untuk membayar yuran menggunakan geran dalam UMP melainkan menggunakan tabung persidangan PNI. Pembiayaan persidangan tidak dibenarkan untuk pelajar dan hanya digunakan oleh ketua projek.

5. Bagi pembelian perisian penyelidik perlu mendapatkan kelulusan dari Naib Canselor berdasarkan syarat dan peraturan kewangan.

6. Bagi pembayaran yuran menghadiri latihan adalah tidak dibenarkan menggunakan geran penyelidikan kecuali TNT latihan adalah dibenarkan.

7. Pembelian peralatan Aset/Inventori (V35000) untuk penyelidikan mestilah tidak melebihi 40% daripada jumlah keseluruhan peruntukan dipohon. Namun yang demikian, permohonan untuk pembelian peralatan yang melebihi 40% boleh dibuat dengan menyatakan justifikasi yang kukuh dengan pertimbangan oleh Timb. Naib Canselor (P&I). Bagi pembelian peralatan pengkomputeran dan alat komunikasi adalah tidak dibenarkan kecuali peralatan tersebut menjadi keperluan penting projek penyelidikan dan penyelidik perlu mendapatkan kelulusan daripada PNI.

8. Setiap projek penyelidikan yang diluluskan diwajibkan menghasilkan penerbitan berdasarkan kadar
berikut:

RM20,000-RM24,999 1 Scopus articles & 1 proceedings berindeks
RM25,000-RM29,999 2 Scopus articles & 1 proceedings berindeks
RM30,000-RM34,999 1 ISI articles, 1 Scopus articles & 1 proceedings berindeks
RM35,000-RM40,000 1 ISI articles & 2 scopus jurnal & 1 proceedings berindeks

9. Hanya projek-projek yang bersifat Fundamental Research, Applied Research & Product Driven sahaja dibiaya oleh geran penyelidikan ini.

10. Tempoh maksimum projek adalah selama 24 bulan.

11. Ketua projek perlu mengemukakan laporan perkembangan/prestasi projek ke Jabatan Penyelidikan & Inovasi selepas 6 bulan penyelidikan berjalan.

12. Ketua projek perlu mengemukakan laporan akhir projek ke JP&I dalam tempoh masa 3 bulan selepas projek tamat. Sebarang permohonan baru oleh ketua projek tidak akan diproses sehingga laporan akhir dihantar ke Jabatan Penyelidikan & Inovasi.

13. Projek penyelidikan yang tidak aktif/tidak berbelanja setelah 6 bulan diluluskan akan ditutup.

14. Ketua projek hanya dibenarkan mengetuai 2 projek penyelidikan UMP dalam satu-satu masa dan salah satu projek penyelidikan mestilah melibatkan Pusat Kecemerlangan UMP. Ketua projek dalam kalangan pensyarah baru mestilah mengemukakan laporan perkembangan projek sedia ada ke Jabatan Penyelidikan & Inovasi selepas 6 hingga 12 bulan sebelum boleh dipertimbangkan untuk mengetuai projek ke 2.

15. Permohonan pindahan peruntukan hanya boleh dibuat selepas 6 bulan dan maksimum 2 kali pindahan peruntukkan (virement) dalam tempoh projek dijalankan diluluskan, melainkan jika ada perubahan lain perlu mendapatkan kelulusan bertulis dari Dekan Penyelidikan PNI. 


Next>>>