Research Official Portal

RESEARCH & INNOVATION DEPARTMENT
Office of Deputy Vice-Chancellor (Research & Innovation)


Facebook Logo PNG Clipart  YouTube logo2

GERAN SANJUNGAN PENYELIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (GSP-KPM)

FALSAFAH

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berhasrat untuk mempertingkatkan kapasiti universiti tempatan memperolehi geran industri dan antarabangsa. Selaras dengan itu, Geran Sanjungan Penyelidikan Kementerian Pendidikan Malaysia (GSP-KPM) diwujudkan sebagai insentif kepada universiti yang berjaya mendapat geran tersebut.

INSENTIF PENYELIDIKAN

Geran Sanjungan Penyelidikan KPM adalah insentif bagi universiti yang memperolehi geran penyelidikan berbentuk tunai daripada sumber:

  • Industri
  • Antarabangsa

Geran penyelidikan yang diperolehi termasuk penyelidikan kontrak dan ujian klinikal bagaimanapun tidak termasuk projek perundingan.

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

  • Surat tawaran/ perjanjian geran penyelidikan.
  • Senarai projek secara kumulatif bagi tahun yang dinilai disertakan dengan bukti penyata akaun.

KRITERIA PENILAIAN

Permohonan akan dinilai menurut kaedah berikut:

  • Penilaian akan dibuat oleh sebuah jawatankuasa penilai yang dilantik JPT.
  • Permohonan yang layak akan dipanjangkan untuk perakuan oleh JPT seterusnya untuk kelulusan KPM.

AMAUN GSP-KPM

Amaun GSP-KPM ialah 10% daripada jumlah kumulatif gabungan geran industri & antarabangsa bagi tempoh  1 September tahun sebelumnya hingga 31 Ogos tahun dinilai.