Research Official Portal

RESEARCH & INNOVATION DEPARTMENT
Office of Deputy Vice-Chancellor (Research & Innovation)


Facebook Logo PNG Clipart  YouTube logo2

SKIM GERAN PENYELIDIKAN NIC (NRGS-KPM)

TUJUAN

Skim Geran Penyelidikan Nic (NRGS-KPM) ialah dana khas yang bertujuan untuk membantu melonjakkan dan membangunkan bidang tujahan (Niche) penyelidikan bagi setiap Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) berstatus Universiti Komprehensif dan Universiti Komprehensif Berfokus. Disamping itu, NRGS-KPM ini akan menjadikan setiap IPTA tersebut unik dan mempunyai kekuatan tersendiri.

Setiap Universiti komprehensif dan komprehensif berfokus akan diberi tanggungjawab untuk menentukan hala tuju, strategi dan pengurusan penyelidikan dan inovasi supaya lebih berkesan dan berimpak tinggi.

 

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

Dana ini terbuka kepada kakitangan akademik (pensyarah) di Institusi Pengajian Tinggi Awam berstatus Universiti Komprehensif dan Universiti Komprehensif berfokus dengan syarat-syarat berikut:

  • Program penyelidikan mesti diketuai oleh Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi (TNCP&I) atau setaraf. Pengurusan program penyelidikan Nic perlu penglibatan penuh dan komitmen TNCP&I atau setaraf.
  • Dianggotai oleh kakitangan akademik tetap dan warganegara Malaysia di IPTA terlibat.
  • Pensyarah sedang cuti belajar tidak dibenarkan untuk memohon dan menjalankan penyelidikan.

KRITERIA PENILAIAN

  • Penyelidikan yang dipohon mestilah merupakan penyelidikan yang dapat menghasilkan suatu idea/teori/konsep/kaedah/model/proses baru; dan
  • Penyelidikan yang dapat menambahbaik sesuatu polisi, metodologi dan model penyelesaian yang sedia ada; atau
  • Penyelidikan yang merangkumi isu-isu kemanusiaan dan kemasyarakatan bagi tujuan peningkatan nilai kehidupan dalam negara dan sejagat; atau
  • Penyelidikan yang berpotensi untuk menyumbang kepada agenda strategik negara.

TEMPOH PENYELIDIKAN

Tempoh penyelidikan adalah tiga (3) hingga lima (5) tahun sahaja.