Research Official Portal

RESEARCH & INNOVATION DEPARTMENT
Office of Deputy Vice-Chancellor (Research & Innovation)


Facebook Logo PNG Clipart  YouTube logo2

SKIM GERAN PENYELIDIKAN FUNDAMENTAL (FRGS)

FALSAFAH

Sebagai sebuah negara yang beraspirasi untuk menjadi negara maju, Malaysia perlu menyuburkan budaya penyelidikan. Untuk ini sebuah dana khusus diperlukan. Skim Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS) dapat menggalakkan penyelidikan asas untuk menjana ilmu yang mampu menyumbang terhadap peningkatan tahap intelektual, penciptaan teknologi baru dan penyuburan budaya yang dinamik selaras dengan aspirasi negara.

PENYELIDIKAN FUNDAMENTAL

Penyelidikan Fundamental merupakan penyelidikan asas yang boleh menghasilkan teori, konsep dan idea baru demi perkembangan ilmu.

OBJEKTIF

Penyelidikan ini bertujuan untuk melonjakkan penjanaan teori, konsep dan idea baru yang dapat menjadi pemangkin kepada penemuan baru yang menerobos sempadan ilmu dan penciptaan inovatif.

KLUSTER PENYELIDIKAN

Pembiayaan geran FRGS meliputi kluster asas yang dapat menyokong agenda strategik negara. Kluster yang dikenalpasti adalah:-

  1. Sains Tulen dan Gunaan (Pure and Applied Science)
  2. Teknologi dan Kejuruteraan (Technology and Engineering)
  3. Sains Kesihatan dan Klinikal (Clinical and Health Sciences)
  4. Sains Sosial (Social Sciences)
  5. Sastera dan Sastera Ikhtisas (Arts and Applied Arts)
  6. Warisan dan Alam Budaya (Natural and Cultural Heritage)
  7. Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Information and Communication Technology)

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

Geran ini terbuka kepada kakitangan akademik Institusi Pengajian Tinggi dengan syarat-syarat berikut:-

  • Warganegara Malaysia; dan
  • Kakitangan akademik tetap (Profesor, Profesor Madya, Pensyarah Kanan, Pensyarah); atau
  • Kakitangan bertaraf kontrak, dimestikan mempunyai penyelidik bersama bertaraf tetap dari institusi yang sama.
  • Bagi bukan warganegara, dimestikan mempunyai penyelidik bersama warganegara Malaysia dan bertaraf tetap dari institusi yang sama.

KRITERIA PENILAIAN

  • Penyelidikan yang dipohon mestilah merupakan penyelidikan yang dapat menghasilkan suatu idea/teori/konsep/kaedah/model/proses baru; dan
  • Penyelidikan yang dapat menambahbaik sesuatu polisi, metodologi  dan model penyelesaian yang sedia ada; atau
  • Penyelidikan yang merangkumi isu-isu kemanusiaan dan kemasyarakatan bagi tujuan peningkatan nilai kehidupan dalam negara dan sejagat; atau
  • Penyelidikan yang berpotensi untuk menyumbang kepada  agenda  strategik negara.

TEMPOH PENYELIDIKAN

Tidak melebihi 3 tahun penyelidikan.

Muat Turun Garis Panduan FRGS